Pages

Monday, August 24, 2015

ADAB PENGANTIN, TETAMU DAN FOTO ??

HAI EVERYBODY. 

Dan Assalamualaikum wbt to all muslimin dan muslimat.

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku dan juga sedikit perkongsian yang aku rasa mungkin korang boleh guna mungkin tidak. Korang tau lah, otak aku ni ada masuk air sikit juga. Kalau rasa boleh guna, guna la. Kalau tidak boleh, sila abaikan dan jangan ikut jejak langkah yg naharom atau sia-sia dari blog aku. Simple.

Anyway, kita lupakan sejenak tentang viralnya gambar doktor bergambar dengan alat sulit atau betapa tembam nya pipi dan hidung lisa surihani sekarang. Aku rasa comel. Biarpun ada orang komen rupa dia dah mcm Azizah Mahzan. Well baby, itu lisa surihani. Tembam nda tembam, chubby nda chubby aku tetap rasa dia comel. Oh sori ter sway kejap dari intipati utama.



Just in case you wonder who is Azizah Mahzan. Sumber : Google.



Ok begini, tajuk aku ni bukan lebih kepada tazkirah agama. Sebab aku rasa bab2 agama orang sekarang mmg byk dah belajar tinggi. Elakkan bersalaman dgn bukan muhrim, menutup aurat dan sebagainya adab yang korang semua sedia maklum. Buat tidak buat itu dari kau. Yang aku tau, what wajib is wajib.

Bah, senang cakap, aku mau sgt sentuh aspek dari soal common sense. Adab dari logik akal. Aku ulang, 'Logik Akal'. Sebab aku tau ramai antara kalian benda macam ni lah yg sebenarnya mudah sgt kita terabai atau terlepas pandang. 


Cuti sekolah, cuti merdeka cuti segala bapa cuti pun sudah semakin dekat dan pasti sudah ramai bakal2 pengantin yang booking photographer hebat2 mereka. Ini aku mau pesan. Kalau boleh, pastikanlah hari resepsi tu dan hari perkahwinan tu betul2 menjadi hari untuk kamu sambut tetamu bah. Sebab kawan2 kamu yang datang tu bukanlah dari sekitar berhampiran. Ada yang jauh, ada yang naik flight, ada yang drive 2 jam ke 8 jam. Kena2 lagi jenis kawan sejati. Contoh ada kawan kahwin di sekitar Beufort dan Keningau snggup drive dari Kota Kinabalu 2 - 3 jam, atau kawan dari Negeri Sembilan Sanggup drive pergi Kuala Lumpur. (Jalan raya di semenanjung aku assume saja aku tidak arif, jangan buat lawak bangang nanti ada bash psl highway lah tol lah). Janji point aku korang sampai dan faham. 


Lepas tu pula, sampai2 ja majlis resepsi, waktu tengahari dan orang sudah stat makan lalu beduyun2 bekumpul dekat pelamin. Pernah kah terfikir sampai turn kawan ko ni tadi, ko pula boleh cakap "Alaaa bro sori kejap... Mau ambil gambar outdoor dulu kami, kejap kami datang lagi"... Waddehek??


Punyalah penat kawan ko tu tunggu dan drive. Dorang yg hadir ni antaranya bukan sekadar mau hantar hadiah ja tau?? Ada yang mau beramah mesra sekejap dan sebagai nya. Last suda bujangan kan? Aku nasihatkan, majlis resepsi tu janganlah di kacau dengan ambil gambar outdoor dan sebagainya. Spend time betul2 majlis resepsi tu untuk salam tetamu dan beramah. Namanya juga "Reception". Kan? Eseh.


Cadangan aku, apa kata ko minta dengan kaka butik tu untuk sewa baju kahwin seminggu supaya esok-esoknya kau boleh lah bawa photographer kau tu outdoor tanpa gangguan. Sebagai contoh dari pengalaman aku, hari ni resepsi, esok aku tolong2 family kemas2, lusa aku bawa photographer aku jalan2 untuk buat shoot outdoor. Time tu lantaklah apa pun, kau nda penat, dan tidak tekejar2 masa. Dari pagi sampai malam ikut suka hati kau. Kau dan pasangan kau pun sudah halal, mak bapa pun tak risau kau pulang lewat. Kawan2 ko pun pasti happy dapat jumpa kau. Penat tu yau orang drive jauh2 last2 bila sampai orang cakap "sori pengantin p begambar di luar. makanlah dulu" . Do you see my point?? ( Yau = Buddy, Dude, etc)


Kalau yang mampu pula, bolehlah bawa sekali tempah khas photographer ke Bora-Bora Island, untuk post wedding. 


Alaaa tiada alasan nanti baju nda bercuci dan busuk untuk peram sampai besok gara2 mau bergambar. Well man, bau baju tu nda kan masuk pun dalam gambar. Esok2 orang dtg tgk gambar kahwin, tiada pun angkat album dan lekap dekat hidung lalu mencium bau baju kau. (weird?) (Nda = tidak )



Aku sebenarnya puji juga style wedding masyarakat bugis di sabah. (Kalau bugis semenanjung aku tidak tau mcmna.) Sebab kalau majlis resepsi, pasangan pengantin memang akan duduk di pelamin dari pagi sampai malam tunggu untuk menyambut tetamu2 dan semua tetamu2 akan bersalaman dengan mereka. Serius man, dorang akan duduk di situ. Bila tetamu datang, dorang berdiri tanda hormat dan beramah dengan tetamu yg naik ke pelamin. Cycle tu akan berputar dan seterusnya sampai abis majelis.  Pagi sampai malam tu, ada juga la rehat2 untuk solat, tukar baju dan makan. Bukanlah bha mksudnya direct sana 16 jam di pentas pelamin. Agak2 lah. 



Dan aku boleh lihat juga idea-idea yang sesuai untuk non muslim, gambar wedding mmg sudah siap2 ambil sebelum majlis resepsi. So waktu kahwin tu, lepas selesai solemnization trus setel p makan2 dgn rakan2 then berehat atau honeymoon. Tetamu pun happy dan dapat beramah mesra. Moginum beramai-ramai aramaiti. (Please secara berhemah, dont drink and drive guys. Thanks) Tapi kaedah ini sangatlah tidak digalakkan untuk yang muslim kan? tidak kan gambar berpeluk pakai baju pengantin sebelum akad nikah berlangsung? See my point again? (Moginum = Party with beer / wine , Aramaiti = Berkumpul ramai-ramai)


And then guys, satu lagi about common sense, why do we have the kind of person yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat kurang common sense. Oh guys, come on. Kalau kau tau kau tu pengantin Islam, bini kau pakai tudung, bergambar aksi #COMOLOT, why should you post your picture and make it public??? Lepas tu bila orang komen/bash kau, u become crazy and say 'Dah halal', 'Whatever', 'Its my right', 'Stupid people', 'Judgemental', dan sebagainya lagi dengan jawapan ego kau tu. Adehdehdehdehdeh ! Orang sabah bilang "Kalau bodoh, biar tapok sikit". (Tapok=sembunyi). Sudah kau tau kau tu Meleis, bangsa yang beradab dan sopan, memanglah orang akan bash kau. Aku tidak cakap kau bangang, but hampir la ter-slip from my cute lil lips.(Cute lah sangat. Whatever~) Kalau dah tau ada gambar2 kau tu mmg sensitif di mata masyarakat, what private keep it private lah. Simple. Allah pun suka kita pelihara kehormatan. Kau tidak kesiankah dengan bini kau yg bawa imej bertudung? This happened guys. Happened. Aku kesian bila orang siap komen "Bini pun sama bodoh. Bertudung nda malu kasi biar upload gambar begini". Adui... Kesian bini. Kesian.. Di mana letak muka? di poket mu pun nda muat !! Jadi, lepas suda siap begambar tu, upload la yang comel2.. aku pun akan Like dan tumpang gembira. Easy. 


Ok setakat ni saja. Oleh kerana aku baik hati, aku belanja salah satu gambar dari folder gambar kahwin aku.

Nah, fotografer aku yang semboi. Bye ! (Gambar ni aku tidak watermark. Kau jangan curi pula).